teman,
mengapa kau perlu muncul,
jika kau mahu mengundur diri,
kehadiranmu membawa suka,
tapi dinoktahkan dengan duka,
mengapa kau pergi setelah kau
isi hidupku dengan gelak tawamu.
ah..kenapa perlu aku meniti saat
kehilanganmu.
tak sanngup,
kau pergi saat kita makin erat
kau pergi setelah kita menjadi satu.
kenapa perlunya aku mengharungi saat
kehilanganmu
adakah diri ini hanya satu
persinggahan bagimu?
atau gerai-gerai di jalanan,
tempat kau isi kekosongan dan
kepenatan perjalanan
begitu berat bagiku menerima
pemergianmu
kau pergi setelah kau tinggalkan
memori indah,
dikala bersama.
ingin kulipat dan koyak kenagan itu,
lalu kutanam jauh-jauh
sejauh langkah kakimu
meninggalkanku,
malah nunu jauh lagi.
pemergianmu...
kuibaratkan melontarkan
sekujur tubuhku ke dalam lembah-lembah
pisau yang tajam,
dan menghiris setiap perasaan,
dan kenangan kita bersama
ingin kulupakan kenangan indah
dan manis itu,
kerana ia sentiasa mengimbas
memori luka,
disaat kau mengangkat kakimu,
walaupun hatiku tak rela
ditinggalkan,
namun aku pasrah,
kurasa ia adalah satu suratan yang
tak dapat ku arahkan
hanya satu....
harapan yang kuingin kau semai,
biarlah berbunga agar kau sentiasa
kenangi,
janganlah kau lupakan diriku yang
satu,
bersama bait-bait kenangan lalu.
Pages
Friday, 8 July 2011
Total Pageviews
pengenalan
assalamualaikum....
blog masih dalam pembinaan
blog masih dalam pembinaan
ana
listening 2 radio
enjoy it!!!!
chat box
Blog Archive
About Me
Followers
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment